Tuesday, March 25, 2008

Rindu Sahabat

sakitnya rindu..
bagai gigitan binatang kecilwaktu malam..
tapi gatalnya satu badanresahnya rindu..
bagai itik menunggu anaknya pulang bising hingga ke kampung seberang..
leganya merindu..
bila si cinta balik ke pangku bagai pejuang perang yang pulangke dunianya..... sakit....

Monday, March 17, 2008

Sahabat....


Sahabat..
Pernah dulu aku ucapkan
aku akan selalu berada disisimu di saat suka dan duka,
menghapus kelabu dari langitmu,
hamparkan cerahan biru,

ku janjikan hari yang seindah pelangi untuk kau jejaki
seperti rasaku dari tingkahmu,
namun kelmarin aku tersedar dari lenaku
Aku mula mengenal erti,

sesuatu yg patut singgah di hatiku,
dari salju lambaianmu,
dari lembut renungan matamu,
dari hangatnya pelukanmu
Sahabat,
Biar aku meluahkan,
apa yang tidak terucap dari bibirmu,

“Sahabat,
Jikalau kau perlu teman setia,
sentiasa bersama,
Aku seorang tiada upaya Kerna aku aku nanti pergi jua mengadapNya

Kata-kata Buat Sahabat




Sahabat
Adalah hati yang hangat
Sehangat kopi susu buatan ibu
Menyejukkan mulut dan rasa
Tanpa mesti bergelora


Sahabat
Jalannya tak berjejak
Tak pula berpeluh keringat
Namun memberi semangat


Sahabat bukanlah cinta sejuta
Bukan pula bara api rindu yang di dada
Hanya seuntai benang sutera
Yang cukup erat mengikat
jiwa yang jahat


Sahabat adalah rumput kata yang sejuk
Sesejuk embun di pelupuk mata
Yang menidurkan jiwa
Tanpa berjuta rasa


Sahabat
Anggur cinta yang memabukan
Atau istana suka yang mengilusikan
Atau tsunami duka yang menenggelamkan

Ulasan Buat Sahabat


Kita bertemu di sini
tiba - tiba aku rasa gembira
ingin kupetik buah-buah ranum
dari pohon sahabat
Ingin ku cium semerbak harum
dari bunga sahabat

Saban hari ia bertiup padaku
sebab aku rindukan kabar
Senyum itu...memberi arti
Canda itu...melembut jiwa
rasa ini pun menjelma
diriku merasa aman
jiwaku rasa bahagia

kesunyian pasti mengamit jika tidak bertemu
walau cuma di alam mimpi
Tapi aku yakin Ini garis pertama
dan kita tidak boleh melangkah
Kerana takdir kita. adalah
sahabat

Sahabat yang kuharap jadi cermin diri
menegur jika aku silap
membela jika aku salah
dan arti sahabat ini
hingga ke akhirnya.

Tak akan menangis kerana dikalahi kawan


Aku Tak Akan Menangis

Aku Tak Akan Menangis

Aku tak akan menangis
akan kutahan air mata ini
biarpun aku gagal
biarpun tewas berulangan
dalam marathon kehidupan ini
aku tak akan mengalah.

Aku tak akan menangis
akan kupendam kekecewaan
untuk seribu usaha lagi
biarpun akan tertewas jua
aku tekad dan reda
menyulam usaha.

Aku hanya akan menangis
apabila menjuarai kehidupan
dan mengenali jasa kegagalan.

Friday, March 14, 2008

Musuh atau Kekasih..

Ku, kau cinta
Dambakan segala
Memuja tiada hujungnya
kau kata
lautan api sanggup kau cuba

Dia, ku ingin cinta
bila rasa syukur ku
membuat ku hilang rasa
untuk cintai mu
sepenuh jiwa

keturunanku..ingin ku jaga
Bila masa ku
kau muram durja
bila masaku
terbang bersama keturunanku

apakah ko namanya kekasih??
Bila dia ku igin cinta
Bila keturunan ku ingin setia
Jangan kau jadi durjana...


Biar kau memusuhi aku
Tapi jangan memusuhi Dia..

Thursday, March 13, 2008

Cinta Sahabat Yang Keliru

Cinta sahabat
bukan senada, bukan dua
tapi lemah gemalai pelbagai
irama membentuk hidup yang terindah....

Rindu sahabat
bukan pertama, bukan terakhir
tapi dendamnya terasa membentuk pelbagai sudut
yang meresahkan cinta pada-Nya

Rindu pada Dia
cinta pada ku
rindu pada mu...
bahagia pada semua..
sayangi yang meminta...
tapi keliru....

Thursday, March 6, 2008

sahabat Cinta

Bila bunga kembang mekar
Jangan sangka kumbang sebabnya
Tapi hatinya yang tegar
Gembira bila dapat cahayaLembut kasih si permaisuriPada dia,

Raja sehariTapi hatinya meronta-rontaUntuk keluar dunia mencari cintaCahaya apa?
Cintanya apa?
Untuk dunia...
Untuk siapa?
atau untuk Dia.. sahabat atau kekasih

cinta..... ibarat kurap makin digaru makin sedap.
tidak kenal siapa....
kekasih...
sahabat....
kawan....
kenalan.....
walaupun musuh.....

Ayah...

Ayah.....
engkau pergi tidak menunggu kematanganku yang
kini ku perolehi dengan usahamu.

ayah.....
tempikan yang sering membuatkan ku marah kini
menjadi pengubat rasa rinduku pada mu.... dan....
menjadi tulang belakang untuk ku teruskan sisa-sisa hidupku.

Ayah....
kini baru ku sedarkan perasaan benci yang ku jinakkan dalam diriku untukmu
adalah sahabat sejati yang tidak akan kutemui lagi.

Ayah....
walauapapun yang ku coretkan, ia tetap pada satu tujuan..........

Aku perlukan mu.... AYAH....

Al-Fatihah untuk Arwah Hj Yahaya Bin Abu Bakar

Wednesday, March 5, 2008

susahnya mencari kawan sebenar...


Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia
Boleh berkawan waktu susah dan senang

Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta,
kerana faham masalah kawan

Apatah lagi apabila diminta
Waktu sakit diziarahi
Di waktu mendapat nikmat, dia melahirkan kegembiraan

Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya
Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga

Ia merasakan maruah diri sendiri juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah bertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya
Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat

Mengutamakan kawan dari dirinya
Selepas mati keluarganya tetap dihubungi
Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung
Susah payah keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong

Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi
Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku memohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawan.....