Monday, March 17, 2008

Tak akan menangis kerana dikalahi kawan


Aku Tak Akan Menangis

Aku Tak Akan Menangis

Aku tak akan menangis
akan kutahan air mata ini
biarpun aku gagal
biarpun tewas berulangan
dalam marathon kehidupan ini
aku tak akan mengalah.

Aku tak akan menangis
akan kupendam kekecewaan
untuk seribu usaha lagi
biarpun akan tertewas jua
aku tekad dan reda
menyulam usaha.

Aku hanya akan menangis
apabila menjuarai kehidupan
dan mengenali jasa kegagalan.

No comments: